E-Dagang

Assalamualaikum & salam sejahtera..


E-Commerce ataupun dalam bahasa Melayunya, e-Dagang adalah sejenis industri dimana proses jual beli sebarang produk ataupun perkhidmatan dilaksanakan melalui sistem elektronik, contohnya internet mahupun rangkaian komputer yang lain.

Perbezaan  E-Dagang dengan E-Niaga
a. e-Dagang
     i - Melibatkan model perniagaan yang baru
    ii - Berpotensi untuk memperolehi pendapatan yang baru ataupun kehilangan pendapatan sedia ada kepada pesaing baru.
   iii - Mudah untuk dilaksanakan kerana hanya melibatkan 3 jenis integrasi.


b. e-Niaga
    i - Merangkumi e-Dagang dan juga meliputi proses dalaman seperti kewangan, pengurusan risiko dan sumber manusia.
   ii - Strategi perniagaan lebih kompleks dan tertumpu pada proses dalaman.
  iii - Tujuan utama adalah untuk penjimatan kos dan peningkatan dalam kecekapan dan produktiviti.


Aplikasi e - Dagang
i. Online banking - maybank2u, CIMBClicks, Bank Islam
ii. Online office suites - Google Docs
iii. Online shopping & order tracking - Zalora, ebay, Mudah.my
iv. Social networking - Facebook, Twitter, Blogger, Youtube


Sebab-sebab e-Dagang berbeza dengan kaedah tradisional
1. Interaksi secara langsung (direct interaction)
  - Pelanggan boleh bertanyakan soalan kepada pekerja dan pekerja boleh bekerja dengan pelanggan bagi  memastikan transaksi yang memuaskan hati pelanggan.

2. Kos rendah (lower cost)
  - Lebih menjimatkan berbanding dengan kaedah tradisional yang perlu mengekalkan (maintain) kedai fizikal & lokasi yang popular.

3. Kadar Pemulangan (returns rate)
  - Kalau kaedah tradisional, pelanggan boleh mencuba sendiri barangan yang hendak dibeli sekaligus mengurangkan risiko barangan dikembalikan kerana tidak puas hati.
  - Manakala e-Dagang pula, kadar barangan dikembalikan adalah tinggi kerana pengguna tidak perlu berbincang dengan mana-mana pekerja sekiranya ingin memulangkan barangan.

4. Penipuan kad kredit (card credit fraud)
  - Sukar untuk mengesan penipuan sebab tidak tahu siapa yang menggunakan kad kredit. Tetapi kalau kaedah tradisional, pekerja boleh meminta pengenalan diri pelanggan bagi memastikan mereka adalah pemilik kad kredit yang digunakan.


Ciri-ciri unik e-Dagang
i. Tiada kekangan lokasi
ii. Menjimatkan masa
iii. Maklumat yang tepat
iv. Interaksi yang bersifat peribadi
v. Capaian yang mudah sebab menggunakan rangkaian, boleh akses dimana jua
vi. Pelanggan adalah raja dalam dunia e-Dagang.


Jenis-jenis e-Dagang
i. Business-to-business (B2B)  -  antara syarikat dengan syarikat
ii. Business-to-Consumer (B2C)  -  antara syarikat dengan pengguna
iii. Business-to-Government (B2G)  -  antara syarikat dengan sektor awam
iv. Consumer-to-Consumer (C2C)  -   antara individu/pengguna
v. Mobile commerce (m-commerce)  -  jual beli barangan atau perkhidmatan menerusi teknologi tanpa wayar.


Kelebihan e-Dagang
i. Prosedur jual beli yang pantas dan mudah
ii. Lebih capaian kepada pelanggan kerana lokasi tidak terhad
iii. Kos operasi yang sedikit dan kualiti servis yang lebih baik

Kelemahan e-Dagang
i. Sesiapa pun boleh memulakan perniagaan termasuk orang yang berniat jahat
ii.Tiada jaminan terhadap kualiti produk
iii. Terdedah dengan ancaman penggodam


Kekangan utama dalam perkembangan e-Dagang
a. Kekangan teknologikal
     - Kekurangan standard, keselamatan dan kebolehpercayaan yang universal
     - Kekurangan teknologi jalur lebar bagi menyokong e-Dagang terutamanya M-Commerce
     - Pembangunan perisian e-Dagang masih dalam proses pematangan
     - Pelaksanaan e-Dagang memerlukan pelayan (server) khas untuk menyokongnya dan hal ini akan  meningkatkan kos

b. Kekurangan bukan teknologikal
     - Masih terdapat banyak isu undang-undang yang perlu diselesaikan
     - Produk tidak boleh diuji terlebih dahulu
     - Masyarakat kurang yakin untuk berurusan dengan orang asing
     - Kes penipuan semakin meningkat


Sumber :



Rangkaian Sosial @ Social Networking

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera.. :)


Apa itu rangkaian sosial?? 
- Boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu, contohnya masyarakat kecil ataupun kejiranan.
- Rangkaian sosial ini terdapat di mana-mana TETAPI rangkaian secara online adalah yang paling popular masa kini.


Kenapa Rangkaian Sosial popular??
Ianya menjadi popular dikalangan masyarakat masa kini kerana :-
- Mereka dapat berkenalan dengan kenalan baru
- Dapat membantu dalam meluaskan perniagaan terutamanya perniagaan atas talian
- Penggunaannya adalah percuma contohnya Facebook dan Twitter
- Dapat berkongsi maklumat dengan orang lain.


Kelebihan rangkaian sosial
1. Dapat berkongsi maklumat terkini dan ilmu
2. Mudah untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat
3. Dapat menjalankan perniagaan dengan mudah 
4. Membantu dalam mempromosi sesuatu perkhidmatan atau barangan


Keburukan penggunaan rangkaian sosial
1. Boleh melalaikan dan melekakan pengguna
2. Menyebabkan obses atau ketagihan
3. Disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah
4. Menyebabkan gangguan kesihatan kerana duduk terlalu lama dihadapan komputer
5. Gangguan dari individu yang tidak dikenali


Tips elakkan dari digodam
1. Tidak mendedahkan maklumat peribadi di mana-mana rangkaian sosial.
2. Sentiasa mengemaskini maklumat sulit (kata laluan).
3. Gunakan kata laluan yang berbeza di setiap akaun
4. Tidak menggunakan emel peribadi untuk mendaftar dilam.an web yang tidak dipercayai. Buat akaun emel yang berasingan.
5. Sentiasa ingat untuk log out setelah selesai menggunakan mana-mana aplikasi rangkaian sosial seperti Facebook.
6. Tidak mengunjungi mana-mana laman web yang diragui keselamatannya.


Web 2.0 dan Web 3.0


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


“Web 2.0” adalah satu istilah yang terkenal bagi kemajuan teknologi internet dan aplikasi-aplikasinya seperti “blog”, “Wikipedia”, RSS (Really Simple Syndication) dan “bookmarking social”. Aplikasi-aplikasi web tersebut merupakan aplikasi-aplikasi yang memudahkan perkongsian maklumat secara interaktif dan kolaborasi di dalam “World Wide Web”. 

“Web 2.0” ini juga merupakan sebuah halaman yang membolehkan para pengguna berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Selain itu para pengguna juga boleh mengubah kandungan laman web. Hal ini berbeza dengan “non-interaktif website” yang mana pengguna hanya boleh melihat maklumat yang diberikan kepada mereka. 

Istilah tersebut juga berkait rapat dengan Tim O’Reilly kerana pada tahun 2004 telah diadakan satu persidangan mengenai konsep dan isu-isu “Web 2.0” oleh O’Reilly Media dan MediaLive International. Istilah ini juga digunakan untuk menunjukkan versi baru bagi “World Wide Web” yang juga diistilahkan sebagai “Web 1.0”.

“Web 3.0” adalah generasi ketiga dari layanan internet berbasis web. Konsep Web 3.0 pertama kali diperkenalkan pada tahun 2001, apabila Tim Berners-Lee , pengasas World Wide Web, menulis sebuah artikel ilmiah yang menggambarkan Web 3.0 sebagai sebuah saranan bagi mesin untuk membaca halaman-halaman Web. Hal ini bermakna bahawa mesin akan memiliki kemampuan membaca Web sama seperti yang dapat dilakukan oleh manusia sekarang.

Web 3.0 berhubungan dengan konsep Web Semantik , yang memungkinkan isi web dinikmati tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tapi juga dalam bentuk format yang boleh diakses oleh agen-agen perisian. 

Web Semantik (atau Web Bermakna) merujuk kepada teknik yang memungkinkan kandungan pada Web untuk lebih difahami oleh komputer. Istilah Web Semantik itu sendiri dicetuskan oleh Tim Berners-Lee. Sekarang, prinsip Web Semantik dikatakan akan muncul pada Web 3.0. Bahkan, Web 3.0 itu sendiri sering disamakan dengan Web Semantik. Teknologi Web Semantik ini antara lain adalah RDF, OWL dan SPARQL.


Aplikasi ICT di UPSI

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, iaitu tentang tajuk Aplikasi ICT yang kumpulan kitorang bentang, hari ni nak cerita tentang salah satu aplikasi teknologi maklumat yang ada kat UPSI iaitu portal MyGuru..















Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi

Assalamualaikum W.B.T... :)


Tarikh pembentangan : 20 November
Kumpulan : 1
Bahan pembentangan : Bahan1




1. Apa itu Teknologi Maklumat &  Komunikasi?
  • Teknologi yang diperlukan untuk memproses maklumat
  • Biasanya menggunakan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi 
  • Untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan mencapai maklumat daripada mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.


2. Definisi teknologi maklumat & komunikasi (TMK) jika dihuraikan satu persatu ialah :

Teknologi - Menggunakan pengetahuan saintifik, pengalaman dan sumber untuk membina proses atau produk untuk kegunaan manusia.
Maklumat - Pengetahuan yang didapati daripada membaca, menyiasat, belajar dan menyelidik
Komunikasi - Perbuatan menghantar mesej iaitu proses bertukar maklumat menggunakan simbol, tanda atau interaksi pergerakan


3. Kelebihan aplikasi TMK

Antara kelebihan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan ialah :
- Memudahkan perkongsian maklumat di antara satu pihak dengan pihak yang lain. Contohnya dengam menggunakan emel, chat, video conferencing dan banyak lagi.
- Komunikasi lebih pantas. Maklumat yang dihantar diterima dengan cepat, tak perlu menunggu berhari-hari untuk menerima maklumat yang dihantar
- Komunikasi tanpa sempadan. Dua atau lebih individu atau pihak boleh berkongsi maklumat walaupun berada di tempat yang jauh.
- Menjimatkan kertas. Sebagai contoh, surat khabar atas talian, nota2 pelajaran yang boleh dimuaturun dari portal pendidikan dan banyak lagi.




Next >> Aplikasi ICT di UPSI 
End >> Kesan Penggunaan Peralatan ICT Terhadap Kesihatan      //Link will be updated



Padlet.com.. Pernah dengar tak??


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. :D


Hari ini saya nak share ngan korang semua pasal sebuah laman web yang sangat ohsemm..
Nak tau kenapa laman web ni ohsem??
Teruskan pembacaan tau?



Haa.. Ni dia website padlet.com yang best itu..
Nak pegi website ni just type in padlet.com
Simple bukan? Jangan salah taip pulak tau? hehe..

Kalau nak tahu, Padlet.com ni sama macam papan kenyataan peribadi yang korang boleh letak sticky note, gambar, jadual waktu & anything else..
Cumanya padlet ni online, bukannya real macam yang selalu korang letak kat dinding tu..
Ada banyak kelebihan Padlet.com ni berbanding real board yang memerlukan gam yang kuat untuk memastikannya betul-betul stick kat dinding bilik korang.. Huhuhu..

Antara kelebihan Padlet.com ni ialah mudah digunakan. 
Nak masukkan teks just double click kat wall tu then taip la apa korang nak.
Selain teks, boleh masukkan URL, video & gambar..
Pastu kan, wall yang korang create tu korang boleh share dengan kawan-kawan korang..
Sukati korang la nak buat apa pun kat wall tu..
Hehehe..


Kat bawah ni contoh penggunaan Padlet.com yang kitorang buat dalam kelas Advanced IT Application. 
Ni la 1st time saya kenal & guna Padlet.
Thanks to our lecturer, Encik Nazri sebab kenalkan website ni kat kitorang..
Hehehehe...


Cuba cari mana nama & jawapan saya.. Nanti saya kasik hadiah.. kekeke..


Masa ni Encik Nazri nak kitorang senaraikan contoh2 SAAS (Software As A Service).
Nanti saya cerita apa pulak SAAS tu ya? :D 


Kat bawah ni pulak contoh-contoh penggunaan Padlet untuk tujuan yang berbeza..
Lets cekidaut!! :D


Tempat-tempat menarik sekali ngan lokasinya kat peta dunia.. Kreatif!



Koleksi video tentang optical illusions.


Birthday wish dari kawan-kawan korang


Weekly planner pun boleh.. :D


Macam mana?
Dah faham tak apa kegunaan Padlet.com ni??
Kalau masih tak faham boleh komen kat bawah.. :D
Insya Allah, next post saya share macam mana nak guna pulak eh?
Stay tuned guys! :D




Selamat Datang! :D


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.. :D


Selamat datang ke blog 'Advanced IT Application'..
Blog ni adalah salah satu tugasan bagi kursus yang saya ambil..
Untuk makluman, saya akan berkongsi tentang aplikasi IT yang pastinya ramai yang tak tahu lagi..
So, keep in touch ya.. :D


1st header.. Mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.. :)


Dan, ini pemilik blog..



Nama diberi, Nurul Aini Binti Abdul Amin..
Pelajar tahun 3 semester 5..
Program ISMP Teknologi Maklumat di UPSI..



Nak follow? Silakan.. :D