Web 2.0 dan Web 3.0


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


“Web 2.0” adalah satu istilah yang terkenal bagi kemajuan teknologi internet dan aplikasi-aplikasinya seperti “blog”, “Wikipedia”, RSS (Really Simple Syndication) dan “bookmarking social”. Aplikasi-aplikasi web tersebut merupakan aplikasi-aplikasi yang memudahkan perkongsian maklumat secara interaktif dan kolaborasi di dalam “World Wide Web”. 

“Web 2.0” ini juga merupakan sebuah halaman yang membolehkan para pengguna berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Selain itu para pengguna juga boleh mengubah kandungan laman web. Hal ini berbeza dengan “non-interaktif website” yang mana pengguna hanya boleh melihat maklumat yang diberikan kepada mereka. 

Istilah tersebut juga berkait rapat dengan Tim O’Reilly kerana pada tahun 2004 telah diadakan satu persidangan mengenai konsep dan isu-isu “Web 2.0” oleh O’Reilly Media dan MediaLive International. Istilah ini juga digunakan untuk menunjukkan versi baru bagi “World Wide Web” yang juga diistilahkan sebagai “Web 1.0”.

“Web 3.0” adalah generasi ketiga dari layanan internet berbasis web. Konsep Web 3.0 pertama kali diperkenalkan pada tahun 2001, apabila Tim Berners-Lee , pengasas World Wide Web, menulis sebuah artikel ilmiah yang menggambarkan Web 3.0 sebagai sebuah saranan bagi mesin untuk membaca halaman-halaman Web. Hal ini bermakna bahawa mesin akan memiliki kemampuan membaca Web sama seperti yang dapat dilakukan oleh manusia sekarang.

Web 3.0 berhubungan dengan konsep Web Semantik , yang memungkinkan isi web dinikmati tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tapi juga dalam bentuk format yang boleh diakses oleh agen-agen perisian. 

Web Semantik (atau Web Bermakna) merujuk kepada teknik yang memungkinkan kandungan pada Web untuk lebih difahami oleh komputer. Istilah Web Semantik itu sendiri dicetuskan oleh Tim Berners-Lee. Sekarang, prinsip Web Semantik dikatakan akan muncul pada Web 3.0. Bahkan, Web 3.0 itu sendiri sering disamakan dengan Web Semantik. Teknologi Web Semantik ini antara lain adalah RDF, OWL dan SPARQL.


No comments:

Post a Comment