E-Dagang

Assalamualaikum & salam sejahtera..


E-Commerce ataupun dalam bahasa Melayunya, e-Dagang adalah sejenis industri dimana proses jual beli sebarang produk ataupun perkhidmatan dilaksanakan melalui sistem elektronik, contohnya internet mahupun rangkaian komputer yang lain.

Perbezaan  E-Dagang dengan E-Niaga
a. e-Dagang
     i - Melibatkan model perniagaan yang baru
    ii - Berpotensi untuk memperolehi pendapatan yang baru ataupun kehilangan pendapatan sedia ada kepada pesaing baru.
   iii - Mudah untuk dilaksanakan kerana hanya melibatkan 3 jenis integrasi.


b. e-Niaga
    i - Merangkumi e-Dagang dan juga meliputi proses dalaman seperti kewangan, pengurusan risiko dan sumber manusia.
   ii - Strategi perniagaan lebih kompleks dan tertumpu pada proses dalaman.
  iii - Tujuan utama adalah untuk penjimatan kos dan peningkatan dalam kecekapan dan produktiviti.


Aplikasi e - Dagang
i. Online banking - maybank2u, CIMBClicks, Bank Islam
ii. Online office suites - Google Docs
iii. Online shopping & order tracking - Zalora, ebay, Mudah.my
iv. Social networking - Facebook, Twitter, Blogger, Youtube


Sebab-sebab e-Dagang berbeza dengan kaedah tradisional
1. Interaksi secara langsung (direct interaction)
  - Pelanggan boleh bertanyakan soalan kepada pekerja dan pekerja boleh bekerja dengan pelanggan bagi  memastikan transaksi yang memuaskan hati pelanggan.

2. Kos rendah (lower cost)
  - Lebih menjimatkan berbanding dengan kaedah tradisional yang perlu mengekalkan (maintain) kedai fizikal & lokasi yang popular.

3. Kadar Pemulangan (returns rate)
  - Kalau kaedah tradisional, pelanggan boleh mencuba sendiri barangan yang hendak dibeli sekaligus mengurangkan risiko barangan dikembalikan kerana tidak puas hati.
  - Manakala e-Dagang pula, kadar barangan dikembalikan adalah tinggi kerana pengguna tidak perlu berbincang dengan mana-mana pekerja sekiranya ingin memulangkan barangan.

4. Penipuan kad kredit (card credit fraud)
  - Sukar untuk mengesan penipuan sebab tidak tahu siapa yang menggunakan kad kredit. Tetapi kalau kaedah tradisional, pekerja boleh meminta pengenalan diri pelanggan bagi memastikan mereka adalah pemilik kad kredit yang digunakan.


Ciri-ciri unik e-Dagang
i. Tiada kekangan lokasi
ii. Menjimatkan masa
iii. Maklumat yang tepat
iv. Interaksi yang bersifat peribadi
v. Capaian yang mudah sebab menggunakan rangkaian, boleh akses dimana jua
vi. Pelanggan adalah raja dalam dunia e-Dagang.


Jenis-jenis e-Dagang
i. Business-to-business (B2B)  -  antara syarikat dengan syarikat
ii. Business-to-Consumer (B2C)  -  antara syarikat dengan pengguna
iii. Business-to-Government (B2G)  -  antara syarikat dengan sektor awam
iv. Consumer-to-Consumer (C2C)  -   antara individu/pengguna
v. Mobile commerce (m-commerce)  -  jual beli barangan atau perkhidmatan menerusi teknologi tanpa wayar.


Kelebihan e-Dagang
i. Prosedur jual beli yang pantas dan mudah
ii. Lebih capaian kepada pelanggan kerana lokasi tidak terhad
iii. Kos operasi yang sedikit dan kualiti servis yang lebih baik

Kelemahan e-Dagang
i. Sesiapa pun boleh memulakan perniagaan termasuk orang yang berniat jahat
ii.Tiada jaminan terhadap kualiti produk
iii. Terdedah dengan ancaman penggodam


Kekangan utama dalam perkembangan e-Dagang
a. Kekangan teknologikal
     - Kekurangan standard, keselamatan dan kebolehpercayaan yang universal
     - Kekurangan teknologi jalur lebar bagi menyokong e-Dagang terutamanya M-Commerce
     - Pembangunan perisian e-Dagang masih dalam proses pematangan
     - Pelaksanaan e-Dagang memerlukan pelayan (server) khas untuk menyokongnya dan hal ini akan  meningkatkan kos

b. Kekurangan bukan teknologikal
     - Masih terdapat banyak isu undang-undang yang perlu diselesaikan
     - Produk tidak boleh diuji terlebih dahulu
     - Masyarakat kurang yakin untuk berurusan dengan orang asing
     - Kes penipuan semakin meningkat


Sumber :



Rangkaian Sosial @ Social Networking

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera.. :)


Apa itu rangkaian sosial?? 
- Boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu, contohnya masyarakat kecil ataupun kejiranan.
- Rangkaian sosial ini terdapat di mana-mana TETAPI rangkaian secara online adalah yang paling popular masa kini.


Kenapa Rangkaian Sosial popular??
Ianya menjadi popular dikalangan masyarakat masa kini kerana :-
- Mereka dapat berkenalan dengan kenalan baru
- Dapat membantu dalam meluaskan perniagaan terutamanya perniagaan atas talian
- Penggunaannya adalah percuma contohnya Facebook dan Twitter
- Dapat berkongsi maklumat dengan orang lain.


Kelebihan rangkaian sosial
1. Dapat berkongsi maklumat terkini dan ilmu
2. Mudah untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat
3. Dapat menjalankan perniagaan dengan mudah 
4. Membantu dalam mempromosi sesuatu perkhidmatan atau barangan


Keburukan penggunaan rangkaian sosial
1. Boleh melalaikan dan melekakan pengguna
2. Menyebabkan obses atau ketagihan
3. Disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah
4. Menyebabkan gangguan kesihatan kerana duduk terlalu lama dihadapan komputer
5. Gangguan dari individu yang tidak dikenali


Tips elakkan dari digodam
1. Tidak mendedahkan maklumat peribadi di mana-mana rangkaian sosial.
2. Sentiasa mengemaskini maklumat sulit (kata laluan).
3. Gunakan kata laluan yang berbeza di setiap akaun
4. Tidak menggunakan emel peribadi untuk mendaftar dilam.an web yang tidak dipercayai. Buat akaun emel yang berasingan.
5. Sentiasa ingat untuk log out setelah selesai menggunakan mana-mana aplikasi rangkaian sosial seperti Facebook.
6. Tidak mengunjungi mana-mana laman web yang diragui keselamatannya.


Web 2.0 dan Web 3.0


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


“Web 2.0” adalah satu istilah yang terkenal bagi kemajuan teknologi internet dan aplikasi-aplikasinya seperti “blog”, “Wikipedia”, RSS (Really Simple Syndication) dan “bookmarking social”. Aplikasi-aplikasi web tersebut merupakan aplikasi-aplikasi yang memudahkan perkongsian maklumat secara interaktif dan kolaborasi di dalam “World Wide Web”. 

“Web 2.0” ini juga merupakan sebuah halaman yang membolehkan para pengguna berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Selain itu para pengguna juga boleh mengubah kandungan laman web. Hal ini berbeza dengan “non-interaktif website” yang mana pengguna hanya boleh melihat maklumat yang diberikan kepada mereka. 

Istilah tersebut juga berkait rapat dengan Tim O’Reilly kerana pada tahun 2004 telah diadakan satu persidangan mengenai konsep dan isu-isu “Web 2.0” oleh O’Reilly Media dan MediaLive International. Istilah ini juga digunakan untuk menunjukkan versi baru bagi “World Wide Web” yang juga diistilahkan sebagai “Web 1.0”.

“Web 3.0” adalah generasi ketiga dari layanan internet berbasis web. Konsep Web 3.0 pertama kali diperkenalkan pada tahun 2001, apabila Tim Berners-Lee , pengasas World Wide Web, menulis sebuah artikel ilmiah yang menggambarkan Web 3.0 sebagai sebuah saranan bagi mesin untuk membaca halaman-halaman Web. Hal ini bermakna bahawa mesin akan memiliki kemampuan membaca Web sama seperti yang dapat dilakukan oleh manusia sekarang.

Web 3.0 berhubungan dengan konsep Web Semantik , yang memungkinkan isi web dinikmati tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tapi juga dalam bentuk format yang boleh diakses oleh agen-agen perisian. 

Web Semantik (atau Web Bermakna) merujuk kepada teknik yang memungkinkan kandungan pada Web untuk lebih difahami oleh komputer. Istilah Web Semantik itu sendiri dicetuskan oleh Tim Berners-Lee. Sekarang, prinsip Web Semantik dikatakan akan muncul pada Web 3.0. Bahkan, Web 3.0 itu sendiri sering disamakan dengan Web Semantik. Teknologi Web Semantik ini antara lain adalah RDF, OWL dan SPARQL.


Aplikasi ICT di UPSI

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, iaitu tentang tajuk Aplikasi ICT yang kumpulan kitorang bentang, hari ni nak cerita tentang salah satu aplikasi teknologi maklumat yang ada kat UPSI iaitu portal MyGuru..