Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi

Assalamualaikum W.B.T... :)


Tarikh pembentangan : 20 November
Kumpulan : 1
Bahan pembentangan : Bahan1




1. Apa itu Teknologi Maklumat &  Komunikasi?
  • Teknologi yang diperlukan untuk memproses maklumat
  • Biasanya menggunakan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi 
  • Untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan mencapai maklumat daripada mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.


2. Definisi teknologi maklumat & komunikasi (TMK) jika dihuraikan satu persatu ialah :

Teknologi - Menggunakan pengetahuan saintifik, pengalaman dan sumber untuk membina proses atau produk untuk kegunaan manusia.
Maklumat - Pengetahuan yang didapati daripada membaca, menyiasat, belajar dan menyelidik
Komunikasi - Perbuatan menghantar mesej iaitu proses bertukar maklumat menggunakan simbol, tanda atau interaksi pergerakan


3. Kelebihan aplikasi TMK

Antara kelebihan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan ialah :
- Memudahkan perkongsian maklumat di antara satu pihak dengan pihak yang lain. Contohnya dengam menggunakan emel, chat, video conferencing dan banyak lagi.
- Komunikasi lebih pantas. Maklumat yang dihantar diterima dengan cepat, tak perlu menunggu berhari-hari untuk menerima maklumat yang dihantar
- Komunikasi tanpa sempadan. Dua atau lebih individu atau pihak boleh berkongsi maklumat walaupun berada di tempat yang jauh.
- Menjimatkan kertas. Sebagai contoh, surat khabar atas talian, nota2 pelajaran yang boleh dimuaturun dari portal pendidikan dan banyak lagi.




Next >> Aplikasi ICT di UPSI 
End >> Kesan Penggunaan Peralatan ICT Terhadap Kesihatan      //Link will be updated



3 comments:

  1. hye hye...salam singgah dari dayat.... dayat join sini... follow back k :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. a'ah.. sambil2 nak share ilmu jgk.. hehe..

      Delete